online counter

Friday, December 31, 2010

Nuffnang dan Metered Earnings!

Hahaha..

Syukur, Alhamdullillah..

Mula mula sekali, aku nak korang tahu, sebenarnya aku dalam kepenatan sangat sangat sekarang neh. Lajuuuu jek aku type neh ha. So, BACA! Hahaha..

Pehh.. nampak macam gua blogger sejati an? Hahaha!


Serious, tak sangka, dah lama sangat tak hapdet weh.. Tapi tuh la kan.. dah namanya rezeki.. Ye dak? Hehe..

Kalau korang perasan, sejak kebelakangan neh, aku tak berapa nak hapde sangat.. Macam biasa, entry entry yang lain sudah siap ditulis, entah bila nak publish tak tahu. Semua tips tips pown dah ada. 


Actually(dengan nada yang betul betul kepenatan), tadi aku pergi account Nuff aku..


Syukur sangat sangat. Masuk neh, dah 3 Metered Earning dah.. Alhamdullillah..

Terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi memberi kepercayaan.. Wahh wahh.. Gua tak tido malam ah malam neh.. Hahaha..

Meski pown baru 3 Metered Earning, berbaloi jugak lah.. penat lelah aku an.. Hahahha. Poyo.


p/s  : MJ perlukan rehat sekarang neh. Shiyes. Terlampau penat. Banyak berjalannnnnnnn jek! Hahaa..

p/s 2 : Happy New Year guys.. Nantikan entry entry aku yang akan datang. Rindu aku! Grr.. Haha..

p/s 3 : Berblogging sampai lebam! I love Blogging!


Monday, December 27, 2010

CONTEST NAK MENANG HEADER BLOG MAKEOVER!

Kui kui kui..

Sibukkkkkkk jek! Hahaha.. Mula mula sekali wanna say thanks to Iqa sebab kasi intro baeekk punya pasal Cicak dan Lebah neh. Dari situ, baru aku tahu pasal Si Cun melecun cicak dan lebah.. Fuhh. shiyes! Cunn.. Ececehh.. Hahaha..

p/s : Iqa.. Ko memang chunnn beb.. Hahaha.. Aku selaku kawan blogger ko berbangga ko masuk paper arituh! Haha..

p/s 2 : Moga ko kekal bahagia bersama si dia.. Jeles akak(sengau pliz). Teharu =')



Cik Sri, tengok neh ha, template saya yang sekarang. Sadis ohh, header pown TAKDAKKKK! Hahaha! Saya ulang Cik Sri, header pown takdakk! Hahaha..




Ha. Tengok tengok. Kasihan kan saya? Header pon takde taw. Tapi takpe Cik Sri, saya totap berbahagia walaupun takde header lagi. Hahaha. Orang cakap, isi nya sahaja yang penting kan? Hahaha! Think soo typical answers, but thats true! =)

Bukan taknak buat header sendiri, cuma saya lebih suka mendapatkan khidmat atau servis 'profesional, segala adik beradik expert dalam bab bab header neh Cik Sri. Shiyes. 

Pernah buat header sendiri, tapi skill nak buat tuh hampeh. Tuhh la, sapa suruh hang tuh 'perfectionist' sangatt? Semua kerja nak kena buat dengan teliti. Huhu.. (cakap diri sendiri) ='(


Bila tak jadi, mula lah nak tarik muka monconggg seribu. Pastu cekik leher orang cakap 'Woiii! Napa header aku tak jadik woiii!! Ko lah neh kannn.. Grr.. ' Dush dush! Hambek! 



Sebab tuh saya serik nak buat header sendiri Cik Sri.. Saya taknak orang di sekeliling saya menjadi mangsa keadaan... Tragis nanti.. Hahaha!




Yang neh untuk bahagian content ye Cik Sri. So that Cik Sri boleh nampak dengan jelas. (Gabungkan kedua dua gambar dengan di atas.)  Bayang kan.. Kui kui kui..

Ha. Amacam Cik Sri. Boleh nampak a whole page layout saya sekarang neh? Huhu. 

Puas mencari designer designer, godek godek itu ini, tapi masih belum yang melekat di hati. Shiyes. First time tengok hasil kerja Cik Sri. Mengkagumkan. Simply simple yet looks elegant. Kena dengan layout saya sekarang. Simple, Modern.. (puji diri sendiri! hahhaa!)

Mengikut terma dan syarat Cik Sri, saya harus menge'tag' dua orang.. Dengan ini saya mengumumkan calon calon nyaaaaa yang bertuahhhhhh! (dapat detect ini dua olang sangat suka contest contest. Hehe..) 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Bereh Cik Sri.. Berehh! Hehe..  Harap dapat bekerjasama dengan anda. Terima kasih.

Sunday, December 26, 2010

500 BLOG!

Fuyoooooooo!

Dasyat oh, tadi aku tengok kat dashboard semua entry nak pasal 500 blog neh kan? Hahaha! 


Okay fine. 

Aku pon join samaa! Hahaha..


Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda :

Profil :

Nama : Mia Jamaluddin 
Umur : 20 Tahun
Status : Available. Hahaha.. Opss. serius pliz.
Latar Belakang Pendidikan : Masih lagi seorang pelajar UiTM Segamat, Johor
Ciri ciri : Seorang yang sangat 'details', 'perfectionist'.


Tujuan menjadi seorang blogger :

Gulp. Soalan serius. Kui3..

Baiklah, secara asasnya, hanya ingin bercerita dan berkongsi dengan orang ramai. Itu permulaan semasa mula mula berblogging. 

Tetapi, kemudian secara tidak langsung, saya  akui sudah jatuh cinta kepada dunia blogging. Blogging bukan hanya sekadar bercerita, tetapi, terdapat banyak info input output yang diperoleh dalam dunia blogging neh. Hahah..

Disamping! Dapat menambah kenalan, ramai blogger blogger kita yang cantik cantik dan peramah budi bahasa dan pekertinya. Terima kasih.


p/s : psstt, macam dah nak g interview bhai siap profil lagi.. hahahha! Nak join? KLIK SINI

Friday, December 24, 2010

Kembali Berblogging Kerana Nuffnang!

Grrr.. Lama gila tak online seyh..

Tak sangka, gua boleh pecah rekod ah gini, dekat seminggu aku tak online. Hahaha.. But anyways, I am truly verry sorry guys, dah lama sangat tak update. Tapi, backup entry still ada lagi. Cuma tinggal nak publish jek. Mood tak berapa nak bagus.

Penat tau akak(nada sengau pliz.) pergi shopping sana sini. Borong habis habisan, tapi mood dok tang tuh jugak laa haii.. :'( nanges ah.

Apa lagi yang aku nak tak tahu laa haii.. Saya nak 'awak' boleh? Grr.. Emosi pulakk.. 

Okay! Chillax! Kan dah memang dekat nak seminggu aku rasa macam dekat sebulan tak online neh, sekali lagi, Alhamdulillah.. Syukur sangat sangat Mr. Nuff hadiah kan aku satu lagi Buffered Earning weh.. Hehe. Bapak suka gila weh.. Pergi shopping pon rasa cam tak best ah dari dapat Buffered Earning! Kan kan kan? Hahahaha!


Jangan jeles keyh guys, korang mesti dapat punya lah.. Jangan risau.. Mr. Nuff baik hati kowt. (dah dapat, mesti lah cakap Nuff baik hati. Cuba kalau tak dapat? Haha..) LOL.

Aku ushar ushar gak blog sendiri neh kan, haha.. Ads. still running lagi. Alhamdullillah.. Betol betol tak sangka. Rasa cam miracle plak. Hahaha!! Adeh!

Tapi, yang paling penting, korang doakan lah aku neh. Siyes, mood tak berapa bagus. Mood nak tegur orang pon tak berapa nak cantek macam selalu.  Nak marah orang tuh takde lah, tapi nak 'menepuk menampar' orang. Boleh? 

Penghargaan terima kasih jugak bagi korang yang lawat jugak blog yang tak terhapdet neh ha. Nanges, terharu. :'( Kui kui kui.. Tinggalan jejak korang akan dibalas. Mana yang dah follow akan di follow. Thanx.

Berikutan tentang Nuffnang neh, Insyaallah, entry entry pasal Nuffnang, tips and so on akan menyusul. Ramai jugak yang tanya. Siap e-mail lagi. Haha. Adeh.. Masheh masheh.. Baru jek kot dalam blogging neh. Takpe, kita share tips tips mana yang patut keyh? =)

p/s : Lebih baik tak meng'hapdet' blog tatkala emosi tak stabil. Betol tak? Argghhh!! Mak, Mia nak peluk!!!! Sob sob sob.. 

Saturday, December 18, 2010

Kau Memang Handsome lah Encik Nuff!

Terlebih dahulu,

Alhamdullillah..

Yahoooo!! Aku dapat Buffered Earning lagi weh.. Hahaha.. Macam biasa, aku tengok jek account Nuff aku tuh, rasa rasa sudah tiba masanya untuk aku buat entry neh, aku buat. Hahaha. Poyo.

Sila lah sila.

Klik Untuk Gambar Baekkk Punyaa



Err, yang ini, aku tak faham sangat. Semalaman, tak tido, tak makan aku tengok benda neh. Hahahaha.. Bukan tak faham, tak tahu apa ke nama nya neh ha. Mintak tolong dan tunjuk ajar blogger blogger otai terangkan apa Metered Earning neh. 

Klik Untuk Gambar Baekk Punyaa



Apa weh benda tuh? Risau ah.. Hahaha.. 

Alhamdullillah, masok neh dah 8 Buffered Earning dikumpulkan.. Syukur.. =)  Elehh, aku tahu lah aku belom banyak macam korang kan? Hehe.

p/s : Patotlah aku tak dapat masok round yang kedua bagi Blog Baru Pilihan Malaysia 2010, ada hikmah rupanyaa. Hehe. Besh besh. Syukur..

p/s 2 : Aku Cinta sama kau Encik Nuff! 

Menyampah Jek Aku Tengok Blog Pilihan Malaysia Tuh

Hahaha..

Rilek dulu, baca kena kasi sampai habis. Kui3..

"Ko dah kenapa Mia? Mentang mentang blog ko tak tercalon buat peringkat kedua." Hahaha..

Aku sekarang neh tengah sakit hati neh, actually aku hanya memerlukan 20+ votes (sempat jek weh aku kira. Muahaha!) lagi untuk turut tersenarai bagi round yang kedua. Hahaha.. Sedih bhai.. ='). Majok jugak lah aku satu malam. Haha!

Grr. Sorry, aku tak print screen pulak.

Boleh affected gak aku, sebab lepas kita undi tuh kan, kita boleh tengok berapa undian blog blog yang lain kan. Mula lah, bila ada orang pintas kita, kita kena bekerja keras untuk pintas sama masing masing. Wooo dasyat woo.. 

Tapi, syukur alhamdullillah, sebanyak *115 undian telah mengundi blog aku (152). Tak sangka kan?
 
* Incik Azman, kalau salah, tolong betulkan..
* Akan ku ingat nombor keramat ini. Hehe.. 

Terima kasih kawan kawan. Aku tak paksa korang.. Kan kan kan? Kahkahkah!! Aku sayang korang semua!! =') Terharu.

Bagus jugak sebenarnya Contest Blog Pilihan Malaysia neh, ia memberi peluang untuk blogger blogger baru maju ke hadapan dan show off siket blog dorang neh. Hahaha..(ceh skema punya ayat).

Apa apa pon, Selamat Maju Jaya kepada semua rakan rakan blogger, yang tercalon lagi buat kali kedua.

Huh. Fine. Okay bye ah. Aku jeles. Hahaha. Siot ah, kalau broadband aku  tak wat hal.... Eiiii.. Confirm dah.. Confirm dahh.. Hahaha!


Agak agak siapa yang menang Blog Baru Pilihan Malaysia 2010 neh? 

p/s : Aku dah tahu nak undi siapa neh. Ehem! Ada siapa siapa yang nak suruh aku undi dia pulak tak? Hahaha! LOL. Good Luck Guys!!


p/s 2 : Tak kira menang atau kalah, aku nak post jugak entry neh, thanks korang sebab support aku. Kesian taw, blog aku semalam dah ranked ke 6 dah..  Aku ulang, ranked ke 6!! * bagi senarai pilihan 4.  Sobsobsob.. Siapa lagi 20+ orang tuh tak undi aku. Mencikkkkkk! Sobsobsob.. (mengadu pulak.)


p/s 3 : Persahabatan yang terjalin.. Aku sayang korang ketat ketat! Muah! Terima Kasih! Woo.. 115 undiann.. Haha.. Mungkin siket, tapi bernilai bagi aku.  =') Sayangg korangg.. =') Alhamdullillah.. Persahabatan kita lagi penting!!


Tuesday, December 14, 2010

Kita Buat Blog Kerana Apa?

Azhar Sulaiman ( bukan nama sebenar )



p/s : Aku minat dia sebab beliau pandai dan berjaya. Muahahaha! Fanatik beb.


Seorang kenalan tanya aku di laman sosial Facebook, 


Azhar : "Mia, kenapa orang buat blog..?"

Aku : "Terpulang kepada sesorang tuh, kenapa dia buat blog, cuba tanya kat blogger blogger luar sana, kenapa dorang buat blog. Mia buat blog, actually lebih kepada Mia sendiri. Mia nak berkongsi dengan orang lain. Nak kongsi kat Facebook tak boleh, melampau pulak status aku panjang panjang! Kahkahkah..!"

Sambungan lagi :


Azhar : "Ooo.. Tapi dorang banyak citer pasal diri sendiri ekk..?"

Mia : "... Azhar, blogger nih ada banyak jenis. Ada yang blog dia berunsurkan humour, peribadi, santai, info... Adeh! Banyak lagilah.. So, itu hak dorang, kalau dorang suka cerita pasal peribadi dorang. Konsep blog mudah sahaja. Blog = Diari Harian. Sambil aku senyum comel.. "  =)

Tetapi!

Ada juga yang berblog disebabkan duit.  Siapa taknak duit bhai..

Tetapi!

Ada juga yang berblog disebabkan mahu meraih glamor atau populariti.

Jikalau anda berblog kerana kedua dua di atas, saya yakin, anda takkan ke mana. Maaf jika saya bercakap. Buat blog kerana ikhlas. 


Tagline by, Wes.. aka Nazirul Hazwan.

Muahahaha! =) Peace!

KEMPEN : KENAL MJ, SAYANG MJ DAN UNDI MJ DI 152! BLOGGER BARU. UNDI DI SINI. Ayuh!

Sunday, December 12, 2010

Mahu Tampil Serlahkan Keunggulan Jari Jemari Mu ?

Ayuh!


Beramai ramai serlahkan keunggulan jari jemari mu, dengan mengundi 152!! Hahaha..

Talian undian akan dibuka mulai,


ESOK( ISNIN ) 13 DISEMBER 2010 PADA PUKUL 7 PAGI HINGGA 7 PAGI PADA 17 DISEMBER  ( JUMAAT)


Info Lanjutan Bagi Pencabut Undian :

* Ini copy paste sudah, nak tulis balik kang, sama jekk. Hahaha.. So, credit to Mr. Azman Roslan.

  • Undian peringkat pertama - semua kumpulan akan dibuka serentak untuk undian peringkat ini. 5 blog  bagi setiap kumpulan yang mendapat undian tertinggi akan layak ke undian peringkat kedua..

  • Undian peringkat kedua - 50 blog (5 blog dari 10 kumpulan = 50) akan dihimpunkan untuk diundi. pemenang gelaran blog baru (2010) pilihan akan diumumkan dalam bentuk top 5. harap anda setuju..

  • update :  keputusan undian peringkat kedua akan diumumkan dalam bentuk top 10, sempena tahun 2010..

  • Senarai undian nanti akan dikeluarkan dalam bentuk nombor blog anda seperti dalam senarai, bukannya nama blog  anda..

  • update :  gadjet poll akan digunakan, anda hanya undi nombor blog pilihan anda.. tidak perlu tulis nombor blog pilihan di ruangan komen nanti..

Terang lagi bersuluh bukan? Ayuh! Segera! Set kan appointment anda di ruang ruang legar yang disediakan. Tidak kira di calendar, handphone, letak sticker kat cermin.. Catat jangan tak catat! Hahahaa..

Nanti, kalau korang dah undi aku, kita keluar sama. Dating jom. Tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Availabale! Hahahaha..


p/s : Nombor aperr? 152. Nombor aperr? 152. Pandaii.. Hahhaa.. 

Kempen Blog Pilihan Malaysia 2010 Bersama Ben Ashaari


Alright! Morning guyss! Morning lagi ke? Hahahha..

 Pagi pagi lagi dah nampak segmen Kempen Blog Pilihan Malaysia 2010 bersama Ben Ashaari. Bagus betul lah Abang Ben neh kan? Support blogger blogger baru.


  • Kenapa Sertai Contest Ini? BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010

Sebab suka? Hahaha.. Suka memang suka masuk contest.. Truthly speaking, saya join contest ini adalah sebagai medium ukuran di tahap manakah blog saya ini.

  • Kenapa Saya Rasa Layak Diundi?

Semua layak untuk diundi. Jadi, tak salah rasa nya jika saya layak diundi. Semua ada kelebihan, kekurangan dan keistimewaan yang tersendiri, hasil cetusan idea yang tersendiri.

  • Latar Belakang Blog Anda?

First, latar belakang blog saya lebih kepada diri sendiri. Thats why nama blog saya terarah kepada nama saya sendiri MIA JAMALUDDIN'S. Saya lebih selesa mengguna nama sendiri sebagai 'label'. Rakan-rakan lebih memanggil Mia Jamaluddin. 

MIA JAMALUDDIN'S menceritakan tentang kisah kisah beliau sendiri, kisah sebagai anak, pelajar dan tak lama lagi kisah pasal kahwin pulak.. Hahaha..  Ini termasuk lah juga isu isu semasa, event terkini, dan lain lain.

Sudah saya terangkan bukan, Mia Jamaluddin sudah boleh dianggap sebagai label. =)

Plus, Penulisan saya sendiri more to simple reading. Tak complicated sangat. Takkan nak readers baca sambil dahi terkerut-kerut bukan? Haha.. 

Dan.....


JANGAN LUPA UNDI NOMBOR 152!! OKAY? APA NOMBORNYERR? 152!! hahaha.. VOTE VOTE!

Friday, December 10, 2010

Will Be Catch You Back!!

Dear bloggers,

Maaf disebabkan hal hal yang tertentu. Tidak update dan tidak membalas jejak jejak kalian semua.  Tidak kira sama ada di komen atau di ruang shoutbox. Yehaaa! Maaf yee... Ini disebabkan!! Grrr.. Gua panas neh, gua panas.. Magha neh.. Grr..


Huh? What the hell bukan? Hahaha.. Adoii, rindu sama korang, rindu nak tengok blog blog korang yang superb! Hehe.. 

Psstt, rasa macam rugi sangat sangat bila tak berblog satu hari. Kan? 

Terima kasih kepada semua kerana sudi melawat blog ini.. Ada juga yang tanya bila nak HAPDET nyerr? Sabarlah sayangg, broadband neh haa..

Pesanan Khas : Tak boleh lama lama, Mr. Bb semput sudah!! Kui kui kui..  =)

Monday, December 6, 2010

Thank You Nuffnang!!

Syukur Alhamdullillah..


I love you lah Nuffnang kalau macam nihh. Hahahha..



Ini Buffered Earning yang pertama. Orang lain dapat, cepat cepat buat entry kan? Bulan November dapat, baru sekarang post entry. Bagus bukan? Hahahaha.. 



Ini pula Buffered Earning yang terbaru. Bintang bintang sekadar hiasan sahaja. Tidak membawa sebarang maksud. Tetttttttt! Kui kui kui.. =)

Alhamdullillah, syukur sangat sangat. Lain kali, boleh lah bagi lagi Incik Nuff.. Hahahha..  Lebiu!

Blog Baru Pilihan 2010

Anda baru menjadi blogger? Mahukan perhatian? Anda mahu menjadi seperti blogger blogger otai anda seperti Aizul Marcello dan Irene Marcello? Mahu bukan?

Ayuh!

Beramai ramai sertai! BLOG BARU PILIHAN MALAYSIA 2010



Tarikh entry pertama [ 28 August 2010 ]

Klik juga di sini untuk melihat [ Entry Pertama ]

p/s : Hahahha.. malunyerr suruh tengok entry pertama!! Hahahahha! Happy join guys!!

Blog Larian

Ahak! Terima kasih banyak banyak kepada Mia kerana menge' tag ' Mia.. Haahhaa.. Mia aka ' Mia Suka Berangan '..




Saya suke berblogwalking kerana saya suka suka dan suka meng 'explore' kan diri dengan 'dunia dunia' bloggers yang lain.

Sudah semestinya setiap bloggers mempunyai initipatinya sendiri bukan? Dengan ini, saya juga berpeluang untuk mempelajari setiap info yang 'dipersembahkan' dengan cara setiap bloggers itu sendiri selain meningkatkan trafik dan beramah mesra di antara kenalan. Terima Kasih.

Dengan ini saya ingin menge ' tag ' 3 orang budak iaitu Puteri Iqa Izyan, Cik Tomato Kering dan Amalia Izzati. Sebab dia cakap aku cun tadi. Muahahahhaa!


Aisey.. 30 perkataan tak cukup lah.. Kalo bole nak wat esei.. Hahahha..

Okay siap! Jomlah beramai ramai! Mari mari..

Sunday, December 5, 2010

Rambut Korban 20 Hengget

Nama aku rambut. Aku bertuan kan sorang perempuan yang sangat comel dan baik hati, umpama seorang puteri kayangan. T_T. Hahaha..  Aku juga dikurniakan rambut yang sihat, kuat, hitam dan lebat.

Beliau selalu membelai dan memanja kan aku. Tiap tiap dalam seminggu sekali, beliau mesti menempek nempek masker rambut agar aku kuat dan sihat.  

Grr.. Beliau selalu menghabiskan duit dengan membelanjakan aku treatment. Sejak dari kecil lagi. Tidak cukup dengan treatment, beliau sentiasa mengubah rupa aku seiring dengan konon konon nya fesyen terkini. . Erk. Ingat kaya sangat beliau neh. Habis duit bapak beliau. Kasihan..

Walaupun begitu, beliau bagus. Tidak sama sekali mewarnakan rambut. 

Ohh, usia ku juga, makin lama makin tua, tidak sihat seperti dahulu. Aku kini hanyalah rambut yang pecah pecah dan bercabang. Kering pulak tuh! Yelaaa.. Dah tua kan.. Mana nak tahan lagi segala adik beradik wax dan gel. Tuan aku gusar keresahan. Bersalah kerana sering menukar produk produk rambut. Kerap sangat melakukan hair styling. Ha! Hambek! Nak sangat kann?

Aku tidak mahu tuan aku di dalam keresahan. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menghantarkan sahaja aku di pusat saloon.

Dup dap dup dap.. Tuan berasa berdebar sedikit kali ini kerana bimbang si amoi potong pendek. Berkali kali nya diingat kannya amoi tuh, ' amoi cantek, kali neh u potong kasi pendek sahaja. Okay? Pastu u kasi potong depan. '

' Dah tentu tentu amoi tuh angguk angguk sahaja. Ko nak duit ke taknak? Hahaha.. '


Lihatlah, mak beliau juga turut sama style rambut. Tapi still pakai tudung okehhh.. 

Dalam beberapa minit, dah siap. Mana tak nya, suruh trim rambut siket siket jek kann.

' Berapa amoi? '
' 2O hengget.. '



Korang nampak ke sebarang perbezaan? Hahahah.. Setakat dulu rambut sisir ke belakang, sekarang sisir ke depan. 20 hengget kena! Hahaha..  Grr..

Peace! Sekadar nak cercerita pergi ke saloon lagikk.. Kahkahkah!!

Saturday, December 4, 2010

Cinta Nyet Nyet

Aku baru balik nih ha. Fuhhh, penatnyaa.. 

Tadi ada kenduri orang kahwin. Kawan kepada bapak aku. Kat Rembau. Pastu teros heading ke Melaka, parents nak bincang hape ntah. Pasal kenduri kahwin aku pulak kowt? Kahkahkah! 

Pagi pagi dah siap weh, nak pergi kenduri orang kahwin.. Make up make up bagai.. Sebab tahu, nanti mesti jumpa Teruna Cinta Zaman Monyet aku waktu aku muda muda dulu.. Hehe.

Dalam perjalanan tuh kan, mula lah dah berangan angan masa kecik kecik dulu. Kitorang main basikal sama sama.. Berkejar kejaran.. Romantik bukan? Ohh..

Masa kecik kecik kreatif. Cincin kitorang buat daripada daun. Pastu letak lah bunga bunga  kat atas die supaya nampak lebih menarik. Pastu ingat lagi die cakap 'nah, ini bunga untuk awak, amek lah.. Simpan..'

Aku simpan weh.. Hahaha..

Okay guys, sekarang dah sampai kenduri kahwin dah. 

Sambil sambil salam mak beliau, mata dok sibok jugak mencari anak teruna beliau nihh.. Hahaha.. Rindu weh, nak jumpa die.. Ingat nak ajak berkejar kejaran lagi. Ye dak? Hahahha!

Tapi tak kuasa haih.. Perot pown dah lapar, baek aku g amek nasi, makan! Lapo..

Erk. Cinta monyet jek pownn! Zaman air hingusan hijau.. Hahaha..  =P



Friday, December 3, 2010

Ini Entry Khas #2 : INTAN NURUL FATEHA

Disebabkan hal hal tertentu, aku tak dapat online lately nih.

Abah tak kasi online. Hahahaha! Tak lahh, busy sebenarnya.. Aik duduk uma pown busy? Ofcozz.. Hahahaha! Bla bla bla.. 

Mata tertumpu melihat box followers. Intan Nurul Fateha jadik followers aku? Erk! Tersembol segala mata mata nih ha. Hahaha.. Korang pown sedia maklom kan, followers beliau beribu ribu weh..  

Apa apa pown, terima kasih taw Intan, sebab sudi jadi followers. Blog ' freshie ' lagi pown neh.. Serious. Ehe.. Agak terharu di situ ye. =')



Jutaan terima kasih.. Meh! Nak bagi kalung bunga bunga kat leher awak. Hahahaha..


One

Two 

Three!!



Gelak? Ketok kang! Hahaha.. Okay what, aku dulu champion nihh.. Hahaha.. 

Ada siapa siapa nak baldi? Hahaha.. La la la.. =P

Intan, untuk awak, hambek taw. Hehehe.. Mesti awak cakap saya cute bukan? Kahkahkah! Okay bye!

Protected by Copyscape Duplicate Content Finder