Hidup tentu indah bukan jika anda mempunyai seorang butler?
Anda tahu apa itu butler? Ohh, tidak mengapa, bagi kaum perempuan, mungkin anda sangat familiar dengan perkataan ini bukan? Bagi insan yang bernama lelaki, "ahhh, pedulikan sahaja mereka". Biarkan sahaja mereka menggunakan 'Google Translate'. Kahkahkah.
Hidup bagaikan seorang puteri, anda(khususnya perempuan) petik sahaja jari, si butler akan segera datang kepada anda. Katakan apa sahaja yang anda minta, sang butler segera mendapatkannya.
Segala serba serbi sang butler lakukan untuk anda baik luaran mahupun dalaman. WOW. Berkhidmat untuk anda. Katakan sahaja, situasi di mana anda mahu menyelak helaian-helaian buku, sang butler yang akan lakukan semua itu. Nampak remeh bukan?
Oh, tidak ketinggalan juga di mana tidak ada satu pown kerusi berada di tempat itu, sang butler akan menjadi 'kerusi' untuk tuannya. Ohh, indahnyaa duniaa. Ohh.
Indah indah indah. Tapi sayang, seribu kali sayang indahnya hanyalah bersifat sementara kerana sang butler tidak akan bersama-sama dengan anda, khidmat untuk anda.
Saya mahukan seorang 'butler' yang boleh bersama-sama dengan saya, seumur hidup saya. Susah dan senang bersama saya, menghadapi hari-hari tua saya. Cinta, kasih dan 'khidmat' untuk saya berkekalan hingga ke akhir hayat saya.
Dilayan bak seorang 'puteri', menggenggam erat tangan saya takut-takut jikalau saya terjatuh. Merapikan rambut saya jikalau basah. Menyuapkan makanan ke dalam mulut saya dengan penuh kasih sayang. Memicit kaki saya jika saya penat berjalan-jalan ke sana ke mari. Juga menjadi 'mata', 'tangan', dan 'telinga' pabila hari-hari tua saya jika saya tak berdaya untuk melakukan kerja-kerja harian seperti membacakan akhbar dan memandikan saya . =') Aminn..
Aura Korea kuat dalam diri gua bhai.. Hahaha!



