online counter

Tuesday, November 30, 2010

Tutorial Nuffnang Statik

** Clap clap pliz.. Kahkahkah!

Ha! Hambek kau Mia.. Nebes akak, tetiba orang mintak buat tutorial.. Hahahha..

Layak ke aku weh? Hahaha.. Adoii.. Takpelah, atas dasar membe, tak lokek ilmu, meh sini, Mia nak tunjuk bagi yang tak tahu. Yang tahu, macam bese, syhhh.. Hehe..

Sastraboy! Tengok nihh..


Senang jek sebenarnya benda nihh,

Mula mula sekali.. Macam bese, pergi kat Dashboard, pastu Design - Page Elements, pastu Add a gadget. Amek code ads. untuk skyscrapper. Macam kat bawah neh ha. Babe, copy sahaja dulu benda neh.



Dah kan? Pastuu.. Ko amek code neh.



Copy dan paste ads skyscrapper tuh kat bahagian 'Letak Kod Nuffnang di sini'. Pastu save.

Simple. Siap sudahhh..

Nak tahu lebih lanjut, ko refer sini ha. TUTORIAL BEST WOII!

Sebagai ganjaran, ko KENA click ads aku pasnie! Hahahha.. Gurau.. Ecececehh.. Dah tengok, kena comment! Hahahhaa..

Monday, November 29, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA !

Quick entry :

Tidak mahu ketinggalan juga dalam usulan usulan Abang Ben Ashaari.. Cewahhhh.. Bahasa Melayu sejati.. Kahkahkah!

Straight to the point,

5 entry favourite dalam Blog Abang Ben Ashaari

5 entry yang Mia rasa berbaloi di baca dalam Blog Mia Jamaluddin's

Sunday, November 28, 2010

Ini Entry Khas : NURUL BADIAH

Speechlesss. Sungguh! Speechless.

Nak type enty nih, rasa berderau jugak lah darah nih nak menaip entry kali nih. Semalam dah la sebak nak tulis entry pasal Abang Ben Ashaari, kali nih, entry untuk Sis(panggil sis nampak moden cikett, kahkahkah!)  Nurul Badiah pulak. =)

Err, tak tau lah nak cakap apa. Malu haihh! Hahahhaa.. Tengok lah sendiri.





Err, ingatkan 'prettynurul' tuh hanyalah blogger blogger baru seperti aku nih, orang cakap, blogger picisan. Huh? What the hell, blogger baru picisan sangat lah?

Beliau neh pown di antara kalangan blogger blogger lama, OTAI gak nih, berpengaruh kuat..  ramai seyh tengok blog dia..

What? BLOGGER BARU=ALWAYS PICISAN?

Ha. Cakap lah picisan picisan lagi. Hempuk sorang sorang. Cakap picisan. Tapi tahu apa itu picisan? Meh sini, Mia kau nak cakap.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(online), Edisi Keempat.

  • Picisan - 'tumbuhan paku pakis' << erk? Paku pakis pulak!
                       
                         - 'wang ketip' , 'tidak berharga' , 'rendah mutunya'


                        - 'roman yang sangat rendah nilai sasteranya'


Sebenarnya lah kan, okay, dengar sini, nih bagi pendapat aku sendiri okay? Dalam dunia blogger neh, rasa rasanya, tak elok, tak molek kalau ada kategori kategori macam nih, 'blogger picisan' lah, 'blogger otai' lah.. Thats why ada jurang di antara blogger lama dan blogger baru..

Kita semua sama lah babe, benda nih kan bab bab dunia jek bhai? Kau nak 'nama' sangat kenapa? Kita semua sama jek kowt.. Mati semua nanti pakai kain kapan putih kan? 

Aik Mia? Emo beno? Kahkahkah! 



Terima kasih Sis Nurul Badiah, sebab sudi jadi 'kawan' ( called kawan instead of follower ). Yela kan, blogger baru lagi 'picisan' kan? Hehe.. Err, nice blog ekk? Err, masheh, tapi belom nice sangat nih, kena mintak tunjuk ajar dari pakar pakar blogger yang hebat lagi nihh.. =)

Cakap apa? Syukur, Alhamdullillah.. =')


Saturday, November 27, 2010

Kerana Nama Ben Ashaari

Satu hari suntuk, online dan berblogging semata-mata nak mengadap Blog Ben Ashaari.

Apa yang best sangat tentang beliau nih? Apa yang best? Terangkan siket pliz. 

Cuba untuk merungkai persoalan-persoalan di atas. Dengan membuka sebanyak-banyak New Tab untuk satu window, menelaah dan mengkaji, akhirnya, aku dapat juga jawapan-jawapan nya. Jawapan bukan sahaja jawapan kosong, tetapi jawapan dengan penuh bermakna dan memberi inspirasi.  =')


Jangan nak MALAS sangat.. BACA NIHHH.. Grrr :

"Ada juga yang tak kurang aggap diri itu dah popular.. Pelik betul.. Tang mana popularnya dalam blog ni? Takat cerita g sana sini pastu ramai yang baca dah kira popular ke?"

"Bagi aku.. popularnya sesuatu blog adalah disebabkan penulisan yang bagus.. Kalau orang kata blog aku popular, maka aku nafikan sekeras-kerasnya malah aku sendiri tak leh nak labelkan lagi diri aku ni seorang blogger.. Baru nak jadi blogger adalah.. hehhe.."

... dalam entry [ KATEGORI BLOGGER ]


"Bagi aku, naik secara perlahan, turun secara perlahan.. Jika pantas anda naik, pantas juga anda turun.."



"Baguslah gitu. Kita serupa.. Kita sama sama rendah.. Tapi, janganlah terlalu memandang tinggi sangat pada sesuatu blog tu.. Boleh dipandang tinggi jika layak dipandang tinggi.. Cuma bagi akulah kan, semua blogger layak dipandag tinggi.. Kenapa aku kata gitu?"



"Buat blogger lama, kesudian anda melayan persoalan blogger blogger baru(seperti saya ini) amatlah dihargai sangat sangat.."

"Kita hilangkan jurang pemisah ini, tapi janganlah lupa, respek perlu ada antara satu sama lain. Biar dunia blogging ini dipandang tinggi!! Kita bukan mata mereka yang memandang rendah dunia blogging ini.."



Nampak? Totally a humble person.. No wonder lah ramai orang minat kat dia. Tengok! Dahhh, aku tersangkut pulak kat die.. Weeee weeee~ Hahahhaa!

Opss opss! Lagi sorang nihh.. aku sebenarnya tak tahu pown die memang dah kategori 'senior' dalam berblogging nihh.. Dok sibok chat ngan die kat shoutbox tuh, aku dah la memang 'mesra alam' tapi, sumpah! (babe, nampak sangat, aku kawan tak kira orang senior ke tak senior).. Tak perasan langsung die neh memang super duper senior lah orang cakap.. Sampai kan dia tercalon dalam kategori BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010.. Woo woo..




Hahaha.. Beliau nihh pown baik jugak orangnya nihh, rajin jugak bertegur sapa dengan aku.. Kan kan Naz? Kahkahkah.. Melayan aku yang gile, hari tuh, saja je, tanya macam mana nak letak ads between contents tuh? Pastu die siap bagi link kat aku suruh refer kat situ, generous seyh u nihh.. Hehe.. Bagos, bagos... Keep it up.. Moga-moga u bertambah famous dalam era blogging nihh.. keyh babe? Macam nih la bagos tuk dijadikan kawan.. =) Tak sombong.. Wahhh babe, market nehh.. Hahaha.. :P (trademark Naz)


p/s : So, tak hairan kalau mereka mereka ini dijadikan sebagai idola or what. Bagi yang dah famous, tapi sombong, ingat boleh bawak sampai mati ke bhai? Nak tau aku cakap ape bagi orang-orang macam nih? L.O.S.E.R.!  Noktah! 

Wednesday, November 24, 2010

Saya Juga Mahukan Seorang BUTLER

Hidup tentu indah bukan jika anda mempunyai seorang butler? 

Anda tahu apa itu butler? Ohh, tidak mengapa, bagi kaum perempuan, mungkin anda sangat familiar dengan perkataan ini bukan? Bagi insan yang bernama lelaki, "ahhh, pedulikan sahaja mereka". Biarkan sahaja mereka menggunakan 'Google Translate'. Kahkahkah.

Hidup bagaikan seorang puteri, anda(khususnya perempuan) petik sahaja jari, si butler akan segera datang kepada anda. Katakan apa sahaja yang anda minta, sang butler segera mendapatkannya.

Segala serba serbi sang butler lakukan untuk anda baik luaran mahupun dalaman. WOW. Berkhidmat untuk anda. Katakan sahaja, situasi di mana anda mahu menyelak helaian-helaian buku, sang butler yang akan lakukan semua itu. Nampak remeh bukan?

Oh, tidak ketinggalan juga di mana tidak ada satu pown kerusi berada di tempat itu, sang butler akan menjadi 'kerusi' untuk tuannya. Ohh, indahnyaa duniaa. Ohh.





Indah indah indah. Tapi sayang, seribu kali sayang indahnya hanyalah bersifat sementara kerana sang butler tidak akan bersama-sama dengan anda, khidmat untuk anda.

Saya mahukan seorang 'butler' yang boleh bersama-sama dengan saya, seumur hidup saya. Susah dan senang bersama saya, menghadapi hari-hari tua saya. Cinta, kasih dan 'khidmat' untuk saya berkekalan hingga ke akhir hayat saya.

Dilayan bak seorang 'puteri', menggenggam erat tangan saya takut-takut jikalau saya terjatuh. Merapikan rambut saya jikalau basah. Menyuapkan makanan ke dalam mulut saya dengan penuh kasih sayang. Memicit kaki saya jika saya penat berjalan-jalan ke sana ke mari. Juga menjadi 'mata', 'tangan', dan 'telinga' pabila hari-hari tua saya jika saya tak berdaya untuk melakukan kerja-kerja harian seperti membacakan akhbar dan memandikan saya . =') Aminn..



Aura Korea kuat dalam diri gua bhai.. Hahaha!

Sunday, November 21, 2010

With the Beauty, Intelligence, Brain and Manners

Guys, 

Cantik jek tak bermakna okay,

U ade rupa, u ada segala-segalanya, kehidupan mewah, kereta besar, segala-galanya cukup serba serbi. Tapi sayang, kau sombong. Kau angkuh. Mulut tak bole blahh. Nak kena cili tak? Bapak gile I hate you.

Hidup jangan nak berlagak sangat laa. Cukup lah kalau kau keep low profile. Orang hormat kau. Cukop lah.  Its more than enough rite? Kau nak ke orang kawan dengan kau semata-mata kau kaya? Shit lah kan.

Lagi satu, your manner pliz. Rupa cantik, ayu, manis, tapi mulut lincah berkata-kata pasal hal orang lain. Tak cukup dengan tu, jeles pulak kalau orang pakai baju yang mahal-mahal, cantik daripada kau. Tak boleh tengok orang lebih dari kau. wth. Aku taknak masuk campur hal kau lagi. Telinga aku panas asyik dengar cerita pasal kau. Orang mengadu kat aku.

?? Emosi plak ekk? Hahahha.. Sorry sayangg,

So, 

Let's us see who is classified in this category :-


1.  HANIS ZHALIKA


Guess what? Bapak gile hot seyh die kat sini. Mula-mula aku masuk UiTM jek dah dengar nama "Hanis Zhalika, Hanis Zhalika". Even JPK(Jawatan Kuasa Pengurusan Kolej) yang dulu nye control kitorang masa kitorang Part 1 dulu sibok cakap, "eh, model tu mana? Mana? Ishh!"  Grr, kau tak tahu betapa aku jeles dengan kau weh masa tuh. Hahaha.. Takpe, takpe..

First time I tengok die, sumpah! "u're so gorgeous my dear" You're such a humble person. Sungguh nih. Tak sombong. Memang aku gile admire kau kowt. (Hep! aku bukan lebian okay). 

Eleh, Hanis Zhalika pown hanyalah manusia biasa jek kowt. Selalu jek aku nampak die pakai baju kurung kuning dengan cardigan hijau die tuh. Ha. Macam manusia biasa jek kan? Hahaha.. Ecececeh, Jeles lah tuh! Hahaha.. 

I was speechless when you presenting "Public Relations" subject. WOW! You are so amazing girl. No wonder you get a good results.


2. YUNA



Masih menuntut dalam Ijazah Undang-Undang. Suka sangat kat awak sebab U manage tutup aurat but yet u still looks trendy. 'aku, memang begitu, tetap seperti dahulu, terlalu menyayangi dirimu.. ' Lalala~ Go Gadis Semasa!


Last but no least,

3. LISA SURIHANI
   Pujaan engkorang kan!


Grr. Grr. Cukup dengan "omai god, omai god" kau pliz. Hahahha.. Totally awesome lah kan. Anggun dan cantik. Same goes like Yuna, berpendidikan "Degree in Law". 

Hey babe, setiap orang tak sempurna kan. Omputih cakap "Nobody is perfect". Berpelatkan 'R', saya tetap akan ingat awak sampai bila-bila. Hahahha.. Bila orang dah cantik, bijak dan pandai, even a single mistakes pown orang takkan perasan atau pun pandang. Lainlah kalau orang tuh memang dengki dengan kau. Loser lah kau nak dengki-dengki dengan orang! Grr. Love Lisa Surihani!! Support u!

One more, one more! Saya suka awak sebab tak ada pown gosip-gosip panas tentang awak. Pose pown sopan jekk. Sejukk jek tengok. Tak seksi sangat. Your looks, the way you're already showing your sexy.  Seksi tu doesn't need U nak londeh-londeh kan baju u. Okay? Cukup sekadar rupa jek dah seksi. Okay?


* Err, ramai jugak orang yang berpendidikan 'Degree in Law' neh cantik cantik, pandai jugak ekk?

Monday, November 15, 2010

Katakan Tidak Kepada "Paper Tutup Pagar"

TIDAK!



TIDAK!



TIDAK!


Yeah! Aku membantah sekeras-kerasnya okeyh? Korang tahu ape makna "paper tutup pagar" neh? Okeyh. Mana yang tahu tuh, diam diam suda, bagi yang tak tahu, meh sini, Akak Mia kau nak cakap. Ekeke! Bajet seniorr sangat kau Mia, Vavi tauu.. Hahahaa!!

Okeyh.

"Paper Tutup Pagar" Ialah sejenis atau dalam erti kata lain nye ialah "Kertas Terakhir Dalam Peperiksaan Akhir"

Ha, hambek kau.

Uihh, bapak tension wehh, "paper tutup pagar" nehh.. One word. "PHSYCO"


Physco melebih-lebih. Tak tahan aku taw tak.

Baiklah adik adik, dengar sinih. Kalau kau tak cukup kuat, memang confirm confirm kau tak study. Yeah, trust me. Sumpah tak tipu.

Kalau last paper kau calculations, takpe lah jugak, maybe dalam sehari atau dua hari kau dah boleh habes study. Ofcourse lah ade theory siket, alaaahhh, tapi kalau setakat menyumbangkan dua markah kan? Ape ke hal,  Hahahhaa.. (jangan ikot macam Kak Mia pliz. hahha). Shit.

Neh tak. Last last paper jek theory. Dah tentu tentu lah kau nak takes time jugak kau nak study, plus, kau nak buat revision lagi. Sekali revison tak cukup. Paling-paling 3kali revision lah dol. Dapat pulak kau nak ingat segala theory tuh. Walaoweyh.

Kasut-kasut seperti "Vincci", "Crocs", "Hush Puppies". Tidak ketinggalan juga, kasut-kasut yang korang beli kat kedai "Boons", "Verns", "Cartinno Sonea" yang korang beli kat uptown segamat tuh, HAHAHA! UPTOWN LA SANGATT!! Kan kan kan? Hahaha..

Korang tak taw weh, betapa tak meriah wing wing kita kalau takde kasut-kasut korang yang bertimbun tuh. Kalau tak cukup, tak muat rak kasut tuh, kat depan-depan pintu wingmate jugak kau letakkan. Hahahaha!  yang bertimbun kat rak kasut pown makin lame makin takde. Yelaa, korang dah balikk.. Sob sob sob..

What ever it is,

Focus is the main subject.

Alhamdullillah, dah habes dah jawab paper. Kalian doakan Mia keyh! Terima kasih ye sayangg, Insyaallah, moga-moga dapat keputusan yang baik-baik. Untuk semua budak-budak D4B1 jugakk. Eh eh, nak semua orang dapat keputusan yang baek-baek. Ehe. Doakan ekk? Aminn..

So?

Ape lagi babe?

FIRST PLAN : SHOPPPINGGGGGGGG!

ENJOYYYYYYYYY!! YAHOOO! HEAVEN WEH HEAVEN! HAHAHHA!! LOL.

HAPPY HOLIDAY GUYS!




Monday, November 8, 2010

Aneh aneh ek PMS?

Grrr..

Entah ape kes pulakk aku nak ceghite neh kat orang orang pulakk.. ehek ehek.. hahhaa..

Bayang kan eyh, tengah tengah kau syok mesej dengan orang orang, tetibe kau bole nak tacing tacing tacing, nak sedey sedey? Apakah? Hahaa..

Kalau kau mesej dengan girl boleh tahan lagi lah kan, dorang boleh faham. Dibuatnye kau mesej dengan lelaki? Tak ke pelik diorang nanti Kak Enon, Kak Esah? Hahhaa.. 

Damn Damn Damn..

Selingan Tak Berbayar
Roomate aku ajak aku teman die pergi toilet pulakkkk.. Grrr

Aaa, aku nak cakap ape tadi ek? Ish! Neh sume kau punye fasal. Gara gara menemankan kau berak.

Okay. Sambung.

Itu belom lagi kau mengamok ngamok, berang berang angkat segala bantal bantal, teddy teddy bear yang berlambak kat katil kau lagi tuh. Especially girls. Habes? Takkan lelaki pulakkk.. ehek ehek. hahahhaa!! Cukop kau merepek di sini Mia!

Okay.

DULU

Aku selalu cakap, "eleh, taw la awak tu 'bulan mengambang, orang orang laen pown bulan mengambang jugak, takde pown macam awak, nak marah marah sane sini, awak ingat awak comel jugak?" << bapak geli kan seyh ayat ini? hahhaa.. gasak la kau, sape suroh kau baca. hahaha.. 

SEKARANG

Especially tadi balik segamat, nampak katil aku berselerak, tak tegang seperti biasa. Bukak bukak pintu jek,

"Woiii!! Siapa baring kat katil aku neh ha? Berselerak! Cadar tak tegang! Teddy bear tak susun! Bantal salah posisi. Bla bla bla.. Pot Pet Pot Pet.." Posisi? (dengan muke berkerut kerut)

Ini baru pms okeyh?

Kang dah berlaki besok besok lusa, dah pregnant,

"Abang, abang bau busuk.. abang g tido luar malam neh. Taw taw taw (nada manje)"

"Oh, okay sayangg.." (pergi dengan tak rela hati)

Ecececeehh..

Awas! Jangan time time neh kau nak bergurau gurau senda pulak! Tak pasal pasal tragedi tarik menarik rambot pulak. hahha.. comel gak eyh maen maen tarik rambot?

Got me? 

Guys out there, fahami lah, selami lah.. Kami neh perempuan wak, kadang kadang ade masanye kami terlalu emosional siket.. okeyh? Bukannye selalunye pown wak..

Sebulan sekali jek wak.. hahahaa.. LOL

Kan kan kan?


syhhh, rahsia kitew kitew jek.. ahak!

Nak tinggalkan nota : "Awak, terima kasih, saya dah okay dah. Ehe.."  ^_^

Nota 2 : Encik Hiro, neh haa, dah update neh haa.. bising pot pet tak update blog. Padan muke tetibe dengan pms pulak ekk? hahhaa.. Kidding!  ^_^



Lihat 3 Titik di Kalimah Allah

Salam,

(entry ilmiah siket, tu yang cakap salam.. ehek ehek.. ehee) ^_^

Mia dapat neh kat facebook, same2 kitew share okies?

Lihat ini


Nampak tak?

Selamat Mencuba! ^_^


Protected by Copyscape Duplicate Content Finder